T.R.A.I.N. - South City Plaza



[DSCN6208.jpg]

40 pelajar form 5 terpilih untuk menyertai satu program t.r.a.i.n dan pameran pendidikan vokasional di south city plaza.kami bertolak pukul 8.00 pagi dari sekolah.
kesesakan jalan raya di mrr 2 yang sangat teruk menyebabkan kami sampai di south city plaza pukul 9.45 pagi.setelah sampai di sana,kami disuruh untuk mengisi borang pendaftaran dan untuk mendapatkan kupon makanan tengah hari.kami diberi beg yang berwarna merah setelah mendaftar.

banyak sekolah yang menyertai program ini.antaranya ialah,seksyen lima,seri keramatdan wangsa melawati.lepas dah daftar,kami disuruh naik ke first floor dan duduk.dekat setengah jam kami duduk di first floor menunggu orang vip datang untuk berucap.sementara itu,cikgu lelaki (tak tahu nama dia) menerangkan segilintir daripada budak lelaki mengenai fungsi dan cara untuk menggunakan camera yang professional.setelah vip berucap dan melancarkan program itu,kami semua turun ke groud floor untuk melihat aktiviti yang dibuat di booth-booth yang ada di situ.

setelah sudah melihat semua booth yang ada,kami semua mengambil makanan tengahari.bihun dan air justea lemon diberikan kepada kami.ada yang diantara kami membeli makanan tambahan kerana tidak cukup.selepas makan,kami diberi masa oleh cikgu untuk merayau satu complex itu tetapi kena berkumpul di lobi pulul 12 tengah hari,so,kami semua pun merayau,tepat pukul 12,kami semua berkumpul dan naik bas untuk balik.sampai di sekolah pukul 12.45 tengah hari.satu pengalaman yang amat seronok bagi kami.

Gambar2 selebihnya boleyh didapati disini >> Gallery : South City Plaza

Report by,Naqib

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2009 The Farabians Designed by csstemplatesmarket

Converted to Blogger by BloggerThemes.Net