!Pengumuman!
Kepada pengunjung atau tetamu yg nak post pengumuman (warga smklk SAHAJA), sila berjumpa dengan Naqib atau Chin Zu Fong. Kami akan mempertimbangkan apa2 sahaja yg anda mahu kami advertisekan, ingat, HANYA WARGA SMKLK SAHAJA!
A new innovation of having fun in class. anak firaun rules! ;)
PUTRAJAYA 16 Mei - Kes kedua selesema babi atau influenza A (H1N1) dikesan di negara ini melibatkan seorang pelajar perempuan yang merupakan rakan kepada kes pertama yang dikesan semalam.
Kes kedua itu disahkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan pagi ini dan mangsa berada di Hospital Pulau Pinang dalam keadaan stabil, manakala keluarga mangsa dikuarantin di rumah.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, pelajar perempuan itu menaiki pesawat yang sama dengan mangsa pertama dan merupakan sekumpulan empat orang pelajar dari Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan hasil pemeriksaan, dua lagi pelajar kumpulan yang sama itu berada dalam keadaan sihat.
''Semasa saringan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pelajar perempuan itu tidak mengalami demam.
''Dia hanya dikesan setelah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang semalam dan disahkan positif inflenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pagi ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam, pelajar lelaki berumur 21 tahun berasal dari Lembah Klang menjadi mangsa pertama menghidap virus tersebut.
Bagaimanapun, Ramlee berkata, keadaan mangsa pertama itu kini dilaporkan tiada demam lagi dan berada dalam keadaan stabil di wad pengasingan Sungai Buloh manakala lima ahli keluarganya termasuk kakitangan klinik swasta yang pernah memberikan rawatan kepada mangsa itu sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing.
Ramlee berkata, kesemua penumpang lain yang berada dalam penerbangan dengan dua pelajar terbabit telah dikenal pasti membabitkan seramai 192 penumpang dan 15 anak kapal.
''Penerbangan ini adalah destinasi terakhir dan bukan penerbangan kongsi kod dengan mana-mana syarikat.
''Daripada 192 penumpang, 119 masih berada di negara ini iaitu 81 penumpang merupakan warganegara manakala 38 lagi bukan warganegara.
''Baki 73 penumpang lagi telah meneruskan penerbangan ke luar negara pada hari yang sama, dan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah dimaklumkan untuk tindakan oleh negara masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, Ramlee berkata, sehingga pagi ini, hanya 35 daripada 119 penumpang yang berada di negara ini telah membuat membuat panggilan.
''Kementerian Kesihatan menyeru kepada semua penumpang serta kakitangan penerbangan MH 091 terbabit untuk memberikan kerjasama dan sesiapa yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
''Jabatan Kesihatan Negeri telah dimaklumkan senarai nama penumpang tersebut dan pegawai kesihatan akan melakukan pemeriksaan dua kali sehari di rumah mereka yang akan dikuarantin selama tujuh hari," katanya.
Menurut Ramlee, tiga penumpang lagi yang sepatutnya meneruskan penerbangan ke tempat lain semalam terpaksa diletakkan di bawah pemerhatian dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh sehingga 20 Mei ini kerana mereka tidak ada tempat tinggal.
Sementara itu, Ramlee berkata, 16 lagi pemberitahuan kes virus tersebut diterima sehingga 12 tengah malam semalam iaitu sembilan kes di Hospital Sungai Buloh, dua di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Melaka dan Pulau Pinang manakala satu kes di Hospital Sultanah Aminah, Johor.
''Sehingga kini 12 daripada 15 sampel didapati negatif manakala selebihnya masih belum diketahui keputusannya.
''Semalam, seramai 7,528 penumpang yang tiba di negara ini telah disaring di semua pintu masuk negara melalui 20 mesin pengimbas suhu menjadikan seramai 88,544 penumpang telah disaring sejak hari pertama virus ini dikesan," katanya.
Malaysia menjadi negara ke-35 dikesan virus influenza A(H1N1) dan kes tersebut kini telah meningkat sehingga 7,949 kes membabitkan kematian seramai 66 orang.
====================================================================
So, sebagai wakil pelajar kelas 5 Al-Farabi 2009, saya ingin mengingatkan kepada sumer masyarakat tentang masalah ini. Diharap anda semua tidak kerap keluar dari rumah. Saya juga berharap supaya anda semua sihat sejahtera dan mendoakan supaya seluruh kaum muslimin dan muslimat sihat dan tidak dijangkiti virus ini. Pesanan terakhir saya, anda tidak perlulah ke tempat2 'public' seperti KLCC,Sungei Wang, Time Square, Genting Highlands dan bermacam lagi tempat bershopping atau berhibur. Pastikan anda banyak minum air dan jika didapati demam, segeralah ke klinik yg berhampiran untuk tidak merebak ke org lain dan tidak menyusahkan anak2 kecil atau manusia yg lain. Terima Kasih.
-Shakree, IT Department of The Farabians.
Soalan karangan bahagian A merupakan soalan wajib yang harus dijawab oleh calon SPM. Markah yang diperuntukkan ialah sebanyak 30. Panjang karangan yang perlu ditulis oleh calon ialah antara 200 sehingga 250 patah perkataan. Walau bagaimanapun, karangan yang melebihi 250 patah perkataan bukan menjadi satu kesalahan. Namun harus diingat, masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini hanyalah 45 minit. Masa yang terhad ini perlu digunakan oleh calon untuk menulis karangan yang menarik, padat dan tepat.
Pertama sekali, calon perlu membaca dan memahami arahan soalan. Setelah itu, garis arahan khusus yang terdapat dalam soalan. Kemudian teliti tema yang terdapat dalam bahan rangsangan. Calon boleh menjawab soalan berdasarkan keseluruhan atau sebahagian gambar / bahan rangsangan asalkan karangan yang ditulis berkaitan dengan tema bahan rangsangan.
Jawapan yang baik dinilai berdasarkan kemampuan calon mengupas isi-isi tersirat dan bukan sekadar menghuraikan aspek luaran atau visual semata-mata. Apakah pula bentuk format yang digunakan? Ada juga calon yang keliru dalam menentukan format karangan. Sebenarnya, calon tidak dibenarkan menulis karangan berformat dalam bahagian ini. Sekiranya bahan rangsangan yang diberikan berbentuk petikan wawancara, maka calon tidak dibenarkan menulis karangan wawancara. Bentuk karangan yang betul ialah yang mengandungi pengenalan, isi dan kesimpulan. Berikut adalah contoh format karangan yang betul.
A4 = Ulasan
JUMLAH PERKATAAN = 250 P.P
Selain itu, karangan yang cemerlang menepati ciri-ciri berikut:
Copyright © 2009 The Farabians Designed by csstemplatesmarket
Converted to Blogger by BloggerThemes.Net